Tutup

JPN buat laporan polis terhadap pemilik akaun media sosial

Jabatan Pendaftaran Negara membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan dakwaan seorang warganegara China memiliki MyKad yang tular baru-baru ini. Menurut Ketua Pengarah Datuk Ruslin Jusoh, pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia PDRM untuk menyiasat pemilik akaun berkenaan.