Tutup

JPN P. Pinang komited beri kerjasama dengan polis kes jual MyKad sah

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan kes penjualan MyKad melibatkan pegawai jabatan tersebut. Pengarahnya, Nur Zulfa Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung kes itu memandangkan ia sedang dibicarakan di mahkamah.