JPN Pulau Pinang siasat kes pelajar terhidu gas iodin

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas terhidu gas iodin semasa menjalankan ujikaji di makmal sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihak sekolah mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi apabila mengendalikan uji kaji sedemikian.