JPP didesak selesaikan masalah teknikal sebelum umum keputusan

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, mendesak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR supaya menyelesaikan dahulu masalah teknikal yang timbul pada proses pemilihan parti itu, sebelum keputusan rasmi diumumkan. Menurut Johari perkara itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan keputusan yang diumumkan adalah adil dan memuaskan hati semua pihak.