Tutup

JSJN Pulau Pinang lupus dadah RM9.54 juta

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM9. 54 juta melibatkan lima kertas siasatan di Daerah Seberang Perai Utara. Pemangku Ketua Penolong Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan /Tahanan) Bukit Aman, Asisten Komisioner Dalbir Singh Tanah Singh berkata, pelupusan barang kes perbicaraan membabitkan kertas siasatan bagi kes dadah tahun 2018 yang telah selesai.