Jual kepada pembeli getah berlesen

Bagi mengelak berlaku penipuan dan mainan harga daripada pihak ketiga, penoreh getah seharusnya menjual hasil kepada pemborong yang mempunyai lesen Lembaga Getah Malaysia sahaja. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin, tindakan ini dapat mengelakkan daripada berlaku penindasan terhadap golongan penoreh.