Jual makanan hampir tamat tempoh, kurang pembaziran

Melihat pembaziran makanan yang terlampau banyak, sekumpulan anak muda mendapat idea menjual produk makanan yang hampir tamat tempoh, pada harga lebih murah. Itu pendekatan inovatif sebuah perusahaan sosial iaitu Grub Cycle, berjaya menyelamatkan 70 kilogram makanan daripada pembaziran, dalam masa hanya dua bulan.