Tutup

Jual Mykad, sijil lahir: Pengkhianatan besar negara

Tindakan menjual Mykad dan sijil lahir kepada warga asing disifatkan sebagai satu pengkhianatan besar kepada negara. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.