Jual produk berasaskan kain perca tampung belanja beli buku rujukan

Biarpun berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, namun ia tidak mematahkan semangat bagi Nor Fatin Amira Mohd Yusof untuk belajar sekaligus memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Nor Fatin Amira dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau menjadi antara pelajar terbaik di sekolahnya dengan memperolehi keputusan 7A 1B.