Tutup

Judi bola Piala Dunia cecah RM1.8 juta, 39 ditahan

Polis menahan 39 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti judi bola sepak Piala Dunia 2018 dengan jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 60 tahun termasuk seorang wanita itu ditahan dalam 36 serbuan yang dilakukan polis sempena "Ops Soga" di negeri itu bermula 14 Jun lalu.