Jumlah kes HFMD di Kedah meningkat

Jumlah kes penyakit tangan, kali dan mulut (HFMD) di Kedah meningkat sebanyak 32.4 peratus iaitu sebanyak 834 kes sehingga 7 Julai lalu berbanding 630 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sehingga kini daerah Pendang mencatatkan peningkatan tertingi iaitu sebanyak 120.7 peratus diikuti Langkawi , 118.8 peratus dan kuala muda 105.3 peratus.