Tutup

Jumlah mangsa banjir Teluk Intan meningkat

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Teluk Intan meningkat daripada 70 orang tengahari Sabtu kepada 101 orang pada sebelah petang. Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak, bilangan itu dijangka terus meningkat kerana hujan lebat.