Jumlah mangsa pencemaran gas dan sisa pembuangan kimia Sungai Kim Kim

Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 36 mangsa sedang menerima rawatan susulan kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang sejak Khamis lalu. Mereka terdiri daripada 30 mangsa yang dimasukkan ke dalam wad biasa, 5 dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi serta seorang dalam unit pergantungan tinggi.