Jumlah mangsa pencemaran udara Sungai Kim Kim meningkat

Ini statistik terbaharu jumlah mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Sehingga kini seramai 2,775 orang dirawat di beberapa hospital di Johor akibat pencemaran kimia dengan tujuh daripadanya dirawat di unit rawatan rapi. Seramai 1,483 daripadanya ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Pasir Putih manakala 423 orang lagi ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Mawar.