Tutup

Jumlah pesakit Orang Asli Kuala Koh meningkat

Jumlah Orang Asli suku Batek yang dijangkiti penyakit tidak diketahui puncanya meningkat seramai sembilan pesakit kepada 112 orang pada Jumaat berbanding 103 orang pada Khamis lepas. Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata empat pesakit masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Masing-masing seorang di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 dan tiga pesakit di Hospital Kuala Krai.