Jumlah royalti Petroleum untuk Kelantan masih dikaji

Berhubung tuntutan pembayaran royalti Petroleum yang dikemukakan kerajaan Kelantan, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan ia masih diperingkat penelitian sebelum sebarang keputusan dibuat. Menurut Perdana Menteri pengiraan sebelum ini ialah 20 peratus hasil pengeluaran keseluruhan, namun jumlah itu dilihat tidak munasabah dan membebankan PETRONAS.