Jurujual didakwa tipu Datuk RM440,000

Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan memperdaya seorang lelaki bergelar ?Datuk? berhubung pembelian sebuah kereta mewah, melibatkan kerugian RM440,000 tahun lalu. Chong U Gene, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.