Juruteknik maut rempuh lori

Tidak sempat membalas jasa ibu bapa seorang juruteknik maut dalam kemalangan di kilometer 111.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala Sungai Petani, malam tadi. Mohd Faiz Nafiz Mohmad Noor, 23 tahun, yang baru lima bulan bekerja di sebuah hospital pakar swasta di Butterworth, Pulau Pinang, maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori lalu digilis kenderaan lain yang datang dari arah sama.