Juruteknik pergigian ditemukan mati

Seorang juruteknik Pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson, ditemui mati di rumahnya di tingkat empat kuarters kakitangan Klinik Kesihatan di Lukut, Negeri Sembilan sekitar 8.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, mayat mangsa, Mahussin Rahim, 28 tahun dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 72 jam lalu.