Kabinet setuju cadangan struktur Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan mula bermesyuarat secara rasmi selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata secara asasnya kabinet yang bermesyuarat Rabu lalu telah mempersetujui dengan cadangan struktur majlis tersebut.