Kadar gaji dan elaun 82 ribu anggota polis ditimbangkan naik

Kenaikan kadar gaji dan elaun bagi kira-kira 82,000 anggota polis berpangkat Sarjan dan ke bawah di seluruh negara akan dipertimbangkan segera. Menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Pdrm, Datuk Abdul Rahim Jaafar, kertas laporan kajian berhubung cadangan kenaikan gaji serta elaun tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh dua bulan. Namun Abdul Rahim berkata peratus kadar kenaikan tersebut akan ditentukan sepenuhnya oleh Kabinet mengikut kemampuan kewangan kerajaan ketika ini.