Kadar Jenayah Indeks Kuala Lumpur menurun 9.28 peratus

Statistik jenayah di sekitar Kuala Lumpur, menurun 9.28 peratus berbanding tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, dan tumpuan utama menurunkan kadar jenayah samun dan ragut. Ia selaras dengan matlamat, menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar selamat.