Tutup

Kahwin bawah umur: JKSM telah siapkan SOP

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JKSM telah siap menggariskan Prosedur Operasi Standard, SOP sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur diteruskan. Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rodziah Ismail berkata, sebelum ini tiada SOP yang diguna pakai oleh semua negeri sebagai panduan.