Tutup

Kahwin lewat cenderung jadi lebih cerewet

Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, ia disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.