Kaji kemungkinan akta baharu kawal dana politik

Kos pengendalian tinggi menyebabkan kerajaan kini mengkaji kemungkinan memperkenalkan akta baharu bagi mengawal aktiviti pembiayaan dan dana bagi parti-parti politik. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jalan penyelesaian isu keperluan dana akan diselesaikan walaupun mengakui ia proses yang sangat sukar untuk kerajaan.