Kaji selidik awal PH dapati pengundi terima Anwar Ibrahim jadi Ahli Parlimen

Kaji selidik awal oleh Pakatan Harapan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai peluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson 13 Oktober ini. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kaji selidik yang dilakukan terhadap pengundi-pengundi di Port Dickson itu mendapati, pengundi bukan sahaja teruja untuk menerima Anwar sebagai Ahli Parlimen, malah Perdana Menteri seterusnya.