Kaji semula definisi menghina Institusi Diraja - Tun M

Ada keperluan untuk melihat semula perkataan atau perbuatan yang dianggap ?menghina?, terutama sekali terhadap Institusi Diraja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, ini penting bagi memastikan orang tidak didakwa sewenang-wenangnya, sekaligus memastikan prinsip keadilan tidak disalahgunakan.