Kaji semula JAKIM untuk perbaiki kelompongan

Jangan buat andaian mahupun tanggapan buruk terhadap keputusan kerajaan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Demikian tegas Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri sambil menyifatkan kajian itu pastinya akan memperincikan kekurangan jabatan berkenaan.