Tutup

Kajian ID Digital Nasional bermula September

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menjalankan kajian selama sembilan bulan, mulai September ini, untuk mengenal pasti rangka kerja ID Digital Nasional. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kajian akan menyarankan model pelaksanaan yang sesuai serta memenuhi keperluan rakyat, perniagaan dan negara.