Kajian IDE dedahkan PH mendahului di PRK Semenyih

Pakatan Harapan, PH mendahului dengan sembilan peratus berbanding Barisan Nasional, BN dalam Pilihan Raya Kecil, PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Keputusan itu adalah berdasarkan kajian di Lapangan Badan Penyelidik Pilihan Raya Institut Darul Ehsan, IDE. Kajian berjalan selama 2 hari sehingga 1 Februari lepas.