Tutup

Video  | 

Kajian peringkat nasional keluarkan cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan - JPM

Kerajaan kini masih menjalankan kajian serta rundingan peringkat nasional bersama beberapa pihak berkepentingan dalam usaha untuk mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri dari Kanun Keseksaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata proses tersebut mengambil masa yang panjang terutama dalam memastikan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan bukan dihukum.