Kajian semula kadar PSC

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang mengkaji semula kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) sejajar dengan peranannya sebagai badan kawal selia bebas. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan semua pihak demi keperluan pengembara.