Tutup

Kajian skim pencen demi rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan skim pencen menimbulkan masalah dan perlu dikaji semula untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Katanya, antara masalah tersebut adalah apabila pembayaran pencen itu yang jumlahnya sudah berbeza daripada dahulu. Dr Mahathir memberitahu, pihaknya masih tidak membincangkan mengenai cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen.