Kalah tujuh kali, tidak patah semangat saya - Hamzah Abdullah

Walaupun tewas untuk kali ketujuh, calon bebas Hamzah Abdullah tetap bersama rakyat memperjuangka nasib mereka. Beliau tidak akan berputus asa selagi hayatnya masih ada. Hamzah bertanding sebagai calon untuk kali yang ketujuh dan kalah dalam semua pilihanraya yang disertainya sejak berkecimpung dalam dunia politik sejak 36 tahun lalu. Beliau turut hilang wang deposit selepas hanya mendapat sebanyak 788 undi.