Tutup

'Kami tidak pernah kata ibu bapa Nora Anne terlibat dalam kehilangannya' - Polis

Polis pada Selasa menafikan dakwaan yang menyatakan keluarga Nora Anne Quoirin terlibat dalam kes kehilangan dan kematian remaja berkenaan. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, ini satu fitnah memandangkan tuduhan itu dibuat dari luar negara oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Anne Brennan.