Tutup

Kampung berdepan masalah lalat dan bau busuk

Lebih lima ratus penduduk sekurang-kurangnya empat buah kampung di Segari, Manjung, Perak terus dihantui masalah lalat dan bau busuk walaupun ia telah berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu. Empat buah kampung iaitu Batu Enam, Batu Lapan, Batu Sembilan atau Kampung Semangat dan Batu 10 dikatakan mengalami masalah lalat dan bau busuk yang serius, dipercayai berpunca daripada perusahaan penternakan ayam yang berdekatan.