Kampung di Kemboja tiada persiapan raya

Ketika umat Islam di negara ini sibuk melakukan persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri, jauh di kampung rakapopram Kemboja suasananya sungguh berbeza. Tiada persiapan seperti kuih raya, baju raya mahu pun perhiasan rumah yang mewah bagi menyambut Aidilfitri mampu disediakan golongan fakir miskin di situ.