Kanak-kanak 2 tahun mati lemas dalam kereta

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan selama empat jam dalam kereta oleh ibunya di kawasan parkir di sebuah kolej di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini. Kanak-kanak malang itu, ditemui ibunya yang berusia 32 tahun dalam keadaan kebiruan dan kaku sekitar 1 petang, sebelum dibawa ke klinik kesihatan, tetapi disahkan meninggal dunia.