Kanak-kanak 7 tahun ditemui lemah, dikurung ibu sejak Rabu

Siapa sangka seorang ibu tidak berhati perut sanggup mengurung anak kandungnya sendiri tanpa diberi makan selama lima hari. Mujur ada jiran-jiran terdengar tangisan kanak-kanak berusia tujuh tahun lalu mangsa berjaya diselamatkan di kediamannya di Taman Hijrah, Kangar pada Ahad malam.