Kanak-kanak 8 tahun hilang di Bangi

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi pada Isnin petang. Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 tahun, dikatakan keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira jam 8 pagi. Ibu mangsa Sainih Sunding, 46 tahun, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu tidak pergi ke sekolah semalam dan keluar untuk bermain dengan rakan.