Kanak-kanak dikurung: Polis rakam keterangan teman lelaki ibu mangsa

Polis akan merakam keterangan teman lelaki ibu kepada kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang ditemui dikurung selama lima hari di sebuah rumah di Taman Hijrah, Kangar. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd mendedahkan, pihaknya akan memanggil teman lelaki ibu mangsa yang berusia 30 tahun itu dalam waktu terdekat.