Kanak-kanak dipukul dengan kayu, dipercayai angkara dendam - polis

Kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dengan tangannya terikat dan mayat hampir reput di Pekan, Pahang dipercayai dipukul dengan kayu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, ia berdasarkan siasatan awal terhadap kecederaan kepada kepala mangsa.