Kanak-kanak disimbah air panas oleh bapa kerana mencuri

Hanya kerana mencuri wang RM10, seorang bapa tergamak menyimbah air panas ke tubuh anak perempuannya dalam kejadian di Air Itam, George Town pada malam Khamis lalu. Dalam kejadian di rumah mereka di Flat Kampung Melayu itu, kanak-kanak berusia lapan tahun tersebut dikatakan mencuri wang ibunya.