Tutup

Kanak-kanak dua tahun meninggal dipercayai didera

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di badan dan kepala di bilik sewa keluarganya di Jalan Ros di Segamat pagi tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata ibu mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan anak lelakinya, 22 tahun yang berstatus lembam ditahan hari ini bagi membantu siasatan.