Kanak-kanak hidup di pembuangan sampah, tidak boleh diterima

Dalam isu yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan mengaktifkan lagi jawatankuasa pengurusan warga asing dalam menangani isu kanak-kanak tanpa warganegara. Beliau memberi contoh, kanak-kanak warga asing yang menetap di kawasan pembuangan sampah di Sandakan, yang sudah lama berlaku dan sudah sampai masanya diatasi.