Kanak-kanak koma selepas jatuh dalam kolam tadahan air meninggal dunia

Kanak-kanak lima tahun yang koma selepas terjatuh dalam kolam tadahan air di Kuala Nerang, meninggal dunia pada pukul 9.24 pagi tadi. Muhammad Rusyaidi Muhammad Na'am sebelum ini dirawat di Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.