Kanak-kanak kurang zat makanan akibat masalah kemiskinan bandar

Kadar kemiskinan bandar di Malaysia berada pada 0.4 peratus pada 2016 Ini kadar terendah antara negara asia tenggara dengan jumlah pendapatan purata 6 ribu 598 ringgit manakala purata perbelanjaan isi rumah bandar adalah 4 ribu 4 ratus dua ringgit. Malah laporan akhbar tempatan memetik kenyataan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin sebagai berkata kebanyakan rakyat Malaysia hanya miskin relatif... Atau seseorang yang merasakan dirinya miskin berbanding orang lain, walhal segala keperluan asas termasuk makanan mencukupi melalui pendapatan diperoleh.