Kanak-kanak lapan tahun hilang di Kuala Besut

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang dilapor hilang selepas keluar membeli sarapan di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut, Terengganu, pada Isnin. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Saiful Aiman Mohammad dilihat kali terakhir pada pagi Isnin.