Kanak-kanak maut didera: Polis cari ibu, bapa tiri

Polis sedang mencari ibu dan bapa tiri seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia di Hospital Ampang semalam akibat dipercayai didera bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Ismail kanak kanak malang itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.