Tutup

Kanak-kanak perempuan dua tahun mati dipercayai didera

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ahli keluarganya di Kampung Tebing Tembah, Bandar Paka, Dungun,Terengganu. Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub berkata mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin, anak bongsu daripada lapan adik beradik, tinggal bersama kakak dan abang iparnya sejak Julai lalu kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.